Alhamdulillah

Pagi ini saya awal, Alhamdulillah. Jujurnya saya jarang dapat awal, tapi Alhamdulillah hari ni Allah pilih saya untuk awal besides these many days that I’m late 😐 . Gembiranya saya mengangkat takbir di awal pagi ini kerana saya tahu Allah paling dekat dengan saya, Allah turun pada langit bumi setiap 2/3 malam.

| Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: Jika telah lewat setengah malam atau sepertiganya, Allah Tabaroka wata’ala turun ke langit dunia dan berkata: “Bagi mereka yang meminta akan Aku beri, bagi mereka yang berdo’a akan Aku kabulkan, dan bagi mereka yang meminta ampun akan Aku ampuni dia” hingga masuk waktu subuh. (HR. Muslim) |

Selesai solat Subuh cepat-cepat saya tarik Quran kecil hadiah harijadi tahun ini, kerana ada yang pesan pada saya membaca Quran sebelum terbit matahari adalah antara 7 sunnah Rasulullah yang diamalkan setiap hari.

|Firman Allah maksudnya: Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.” (Al-Isra : 9) |

Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Tiba-tiba saya rasa sakit dalam perut- maybe indigestion lagi. Saya tidur, dan terjaga bila Kak Fida text at 7.30pg “Su, kalau dapat, joinlah usrah, walaupon lewat…” Ya Allah, kalaulah saya sihat…. Jam 8.00pagi, Kamila text, “Kak Su, kita gi pukul 8.30 nak?” Saya senyum saja, perut rasa tak berapa sakit dah, and I can feel  that I’m chosen to join today’s usrah, Alhamdulillah.

Alhamdulillah usrah-rehlah hari ini sangat menggembirakan. Hati saya rasa berbunga-bunga. Sukanya saya hari ini.

|Usrah bermaksud keluarga dan pengertian ini diasaskan oleh Hassan Al-Bana. Rukun ikatan usrah ini tiga perkara iaitu berkenalan, bersefahaman, dan berimbangan.|

Saya nak kongsi salah satu petikan rakaman tazkirah Dr cum Ustazah Muhaya dalam YT. Okeh, maybe video ni dah agak ketinggalan tapi saya teringat apa yang pernah dipesan oleh seorang sahabat ni…

| Kalau ini kali pertama kita dengar,maka ambillah iktibar. Kalau ini dah banyak kali kita dengar, kita buat self-check, adakah selepas berkali-kali dipesan, kita sudah berubah? Kalau kita dah berubah, adakah kita sudah amalkan? Jika kita sudah amalkan, adakah kita sudah sampaikan kepada yang lain? Wallahualam|

Semoga kita sama-sama bernasib baik & berlemah-lembut dalam kehidupan ini. Amiin 😀

Advertisements

my comment should be heard:

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s