mimpi terindah

Ada masa dan ketika, bunga berharap cukuplah sampai di sini.
Aku sudah lelah dengan kerenah fana ini.
Tapi, aku gentar.  Perjumpaan aku denganNya nanti bagaimana? Bersediakah?
Sedang buih-buih di lautan pun tidak mampu menjumlahkan dosaku.
Longgokan khilaf dalam seharian aku ini belum ditebus.
Bersediakah aku untuk perjalanan yang tiada noktah?

Terimbau satu episod dalam hidup bunga.

Aku bermimpi berjumpa Baginda suatu malam dulu.
Mimpi aku tiada jalan cherita. Tiada plot berantai-rantai.
Tapi, itu mimpi terindah. Paling indah.
Susuk tubuh itu berdiri di hadapan aku.
Hati aku sangat yakin, itu Baginda. Itu Baginda.
Susuk tubuhnya tinggi. Aku hanya di paras bahu.
Eratnya pelukan itu, sehingga aku merasa tulangnya.
Dan tika ku sedar, pipiku basah.

Bunga ini tidak layak.
Bunga ini banyak duri.
Bunga ini beracun.
Bunga ini kotor.
Bunga ini rosak.
Bunga ini hina.
Bunga ini berdosa.
Namun, Baginda yang mulia sudi hadir bertemu bunga yang tiada nilai ini.
Terima kasih ya Rabb, Alhamdulillah……………….

|Salam Maulidur Rasul. Sungguh, aku rindu Baginda. Rindu yang amat mendalam.

Selamat Hari Lahir Su Natasha Mohamad.

Advertisements