Cerpen kelas pertama

Belajar tajweed tu wajib tak?“, soal kak Farah. Kat luar hujan renyai-renyai seperti kebiasaanya di lewat petang hari-hari sebelumnya. Aku duduk di barisan depan sekali di kalangan  empat orang muslimah, terkial-kial menyebut huruf  ” a’q ” dan cuba membezakannya dengan huruf  alif baris atas yang berbunyi ” a’ “. Berbalik kepada soalan kak farah, aku jawab “Sunat, kak Farah…” Kak Farah senyum jer, “Belajar tajweed ni sunat tapi membaca Quran dengan bacaan bertajweed tu wajiiiib… Jadinya, kira wajib jugaklah bagi kita nak belajar tajweed ni kan?” Semua angguk-angguk kepala. Kemudian kak Farah sambung lagi, “…ada satu ceramah ni kak Farah dengar, ustaz (yang aku dah terlupa namanya sapa) kata bila kita baca Fatihah dalam setiap rakaat solat kita pada ayat ke-5 (yang melayunya aku eja begini) iy-ya ka naq bu du wa iy-ya ka nas tho i’n selalunya kita baca “iy-ya” tu “iya” jer… yang ditakuti maksudnya instead of hanyalah kepada Tuhan (Allah) kami sembah, dan kepada Tuhanlah (Allah) kami memohon pertolongan menjadi “kepada mataharilah kami sembah…” NAUZUBILLAH…. Jadi pelajarilah ilmu tajweed“. Kata kak Farah lagi, tajweed ni maksudnya memperbaiki, ilmu tajweed tu ilmu memperbaiki bacaan kita. 

Cerpen (cerita pendek) saya ni sekadar peringatan untuk saya tapi kalau dapat dimanfaatkan oleh orang lain, Alhamdulillah.. saya dapat laa skit pahala Akhirat InsyaAllah 😀

Advertisements